Subscribe Us

Header Ads

Tegur anak jiran main mercun, lelaki terkejut dapat 'surat cinta' diselit pada kereta

PADA musim perayaan, seakan menjadi lumrah untuk masyarakat di Malaysia bermain mercun ataupun bunga api atas tujuan ingin memeriahkan lagi suasana sambutan dan ia merupakan permaianan kegemaran oleh semua peringkat umur.

Namun di sebalik kemeriahan bermain mercun itu, ada juga segelintir meluahkan rasa tidak puas hati dengan jiran sekeliling kerana aktiviti itu mengganggu ketenteraman awam, mengundang kemalangan malah merosakkan harta benda mereka.

Seperti video tular di laman Facebook menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain mercun di sebuah kampung tanpa pengawasan orang dewasa sehingga perbuatan mereka itu boleh merosakkan keretanya.

Rakaman kanak-kanak berkenaan bermain mecun berdekatan kereta pengguna, Mustaqeem Mohd

Lebih menyakitkan hati, pengguna Facebook, Mustaqeem Mohd itu jua meluahkan rasa geramnya dengan ibu bapa berkenaan kerana bersikap endah tidak endah dengan sikap anak-anak mereka.

"Kejadian semasa Hari Raya.. anak jiran di kampung main mercun dan bakar-bakar dekat dengan kereta kami. Bila kita tegur budak-budak sekarang pandai menjawab dia.. mak bapak jenis buat tak peduli pula tu..

"Biasalah bila orang tua (opah) dah keluar rumah tegur dia kasar sikit.. Pagi itu dia pula terlebih rajin tulis nota letak kat depan kereta. Dia tidak tahu kereta aku pasang DDPAI Z40 siap ada parking surveillance," ujarnya.

Nota tulisan tangan yang dipercayai ditulis ibu saudara kanak-kanak berkenaan berbunyi seperti berikut: "Mulut jaga. Jangan sedap mulut cakap anak saudara aku tak sekolah."

Nota yang diberikan oleh ibu saudara kanak-kanak itu.

"Anak-anak perlu diberi pemerhatian. Kita tidak nak berlaku apa-apa musibah. Kalau dah berlaku perkara yg tak diingini siapa yg nak bertanggung jawab?.. kereta bukan RM 1 dapat 2.. hutang pun masih bertahun-tahun lagi," luahnya.

Dalam pada itu, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman dengan kejadian sebegitu rupa dan mengharapkan agar ibu-bapa sentiasa memantau anak-anak mereka bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Sumber — Majoriti

 

Post a Comment

0 Comments