Subscribe Us

Header Ads

Pengetua sekolah bertunang dengan murid


JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop hari ini. 

Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan. 

“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya. 

Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang. 

“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya. 

Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang. 

“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

– AGENSI

 

Post a Comment

0 Comments